Thursday, February 14, 2008

Projek Kek Terbaru



Projek terbaru dah bermula....

Dah mulakan projek kek terbaru cuma belum ada kesempatan nak mengupload gambarnya sebelum ni. Kek - kek ni tetap mengekalkan kualiti dan rasa yang sama, cuma di olah untuk memenuhi selera harian. Maksudnya, cuba jadikan kek lapis sebagai makanan ringan harian untuk sarapan, minum petang dengan harga yang berpatutan. Terdapat 4 perisa semuanya iaitu:

1. Kek Lapis Mocca - pastinya perasa mocca yang sungguh menyegarkan..terus bangun
dari tidur kalu cium baunya...


2. Kek lapis Tropika - diadun dan ditambah dengan perisa jem buahan tropika seperti
nanas untuk rasa yang lebih sensasi




3. Kek Lapis Pandan - aroma pandan yang sungguh memikat dengan gabungan
yang pasti menarik minat sekecil sekali pun...





4. Kek Lapis Susu - diolah untuk pengemar rasa asli susu dan tanpa warna tetapi tetap
menarik tarikan lapisannya yang berselang seli berbeza dari biasa






Ni lak view dari sudut atas..saja nak bagi blog meriah sikit... Semua kek-kek ni dibungkus di dalam kotak plastik lutsinar. Selain menarik, ia juga sesuai untuk makanan harian mahupun untuk hadiah atau kenduri2.....





Sunday, January 6, 2008

PEMBUNGKUSAN







Kek Lapis MHT di bungkus di dalam kotak plastik lutsinar adalah untuk mempastikan kesegaran kek dan juga untuk memperlihatkan keunikan gabungan warna dan coraknya.

Tuesday, June 12, 2007

APA YER KEK LAPIS MHT NI? Nak tahu asal usulnya..meh..meh

EMMM.. selalu kan kita dengar tentang kek lapis... Mengikut sejarah, resepi kek lapis pertama kalinya di terbitkan di dalam Cassell's New Universal Cookery Book di London pada tahun 1894. Ini menunjukkan kek lapis sebenarnya sudah lama wujud sebelum kita menyedarinya. Tetapi di malaysia, kek lapis ini paling terkenal di Sarawak. Sehingga di beri nama Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak ni menggunakan kuning telur yang banyak antara 15 hingga 30 biji kesemuanya bergantung kepada keknya.

Kek Lapis MHT meskipun tidaklah segah Kek Lapis Sarawak tetapi sebenarnya berasaskan kepada bahan asas Kek Lapis Sarawak cuma diubahsuai untuk dinikmati oleh semua golongan terutamanya yang kurang mengemari rasa yang terlampau manis atau
orang panggil kaw-kaw....

Dipelbagaikan arasanya lagi beserta warna yang menarik, maka digabungkan pelbagai perasa dalam satu kek untuk perbezaan rasa yang unik.

TEKSTUR- lembut dan kurang berminyak

RASA- pelbagai dan sesedap rasa (tidak kaw-kaw)

WARNA- menarik dan pelbagai

MACAM MANA NAK HUBUNGI....

Untuk bertanya maklumat lanjut mahupun apa-apa keterangan mengenai produk, bolehlah menghubungi kami

1. emailkan ke
a. mht_kek@yahoo.com

2. SMS atau telefon ke

a. 013-2720896 Tini


Sapa-sapa pun boleh membeli kek lapis ni.
*Nak jadi pengedar pun boleh. Harga boleh dirunding berdasarkan syarat tertentu.

Friday, January 19, 2007

MAKLUMAT KEK -harga?saiz?berat?

Harga : Setiap satu kek berharga RM 15... harga yang sungguh
menarik....

Saiz : 3" lebar X 8" panjang X 3" tinggi

Berat : 400++ gm

Pembungkusan : Dibungkus di dalam kotak plastik kek yang lutsinar


KEK-KEK YANG BOLEH DITEMPAH ADALAH:

1. KEK LAPIS COKLAT

2. KEK LAPIS NONA JELATIK

3. KEK LAPIS EVERGREEN

4. KEK LAPIS MAGENTHA

5. KEK LAPIS LIMAU

6. KEK LAPIS GADO-GADO

7. KEK LAPIS RATU

8. KEK LAPIS SANTAN PANDAN