EMMM.. selalu kan kita dengar tentang kek lapis... Mengikut sejarah, resepi kek lapis pertama kalinya di terbitkan di dalam Cassell's New Universal Cookery Book di London pada tahun 1894. Ini menunjukkan kek lapis sebenarnya sudah lama wujud sebelum kita menyedarinya. Tetapi di malaysia, kek lapis ini paling terkenal di Sarawak. Sehingga di beri nama Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak ni menggunakan kuning telur yang banyak antara 15 hingga 30 biji kesemuanya bergantung kepada keknya.
Kek Lapis MHT meskipun tidaklah segah Kek Lapis Sarawak tetapi sebenarnya berasaskan kepada bahan asas Kek Lapis Sarawak cuma diubahsuai untuk dinikmati oleh semua golongan terutamanya yang kurang mengemari rasa yang terlampau manis atau
orang panggil kaw-kaw....
Dipelbagaikan arasanya lagi beserta warna yang menarik, maka digabungkan pelbagai perasa dalam satu kek untuk perbezaan rasa yang unik.
TEKSTUR- lembut dan kurang berminyak
RASA- pelbagai dan sesedap rasa (tidak kaw-kaw)
WARNA- menarik dan pelbagai
Tuesday, June 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment