Thursday, February 14, 2008

Projek Kek Terbaru



Projek terbaru dah bermula....

Dah mulakan projek kek terbaru cuma belum ada kesempatan nak mengupload gambarnya sebelum ni. Kek - kek ni tetap mengekalkan kualiti dan rasa yang sama, cuma di olah untuk memenuhi selera harian. Maksudnya, cuba jadikan kek lapis sebagai makanan ringan harian untuk sarapan, minum petang dengan harga yang berpatutan. Terdapat 4 perisa semuanya iaitu:

1. Kek Lapis Mocca - pastinya perasa mocca yang sungguh menyegarkan..terus bangun
dari tidur kalu cium baunya...


2. Kek lapis Tropika - diadun dan ditambah dengan perisa jem buahan tropika seperti
nanas untuk rasa yang lebih sensasi




3. Kek Lapis Pandan - aroma pandan yang sungguh memikat dengan gabungan
yang pasti menarik minat sekecil sekali pun...





4. Kek Lapis Susu - diolah untuk pengemar rasa asli susu dan tanpa warna tetapi tetap
menarik tarikan lapisannya yang berselang seli berbeza dari biasa






Ni lak view dari sudut atas..saja nak bagi blog meriah sikit... Semua kek-kek ni dibungkus di dalam kotak plastik lutsinar. Selain menarik, ia juga sesuai untuk makanan harian mahupun untuk hadiah atau kenduri2.....





1 comment:

Fina said...

akak jual lagi tak kek lapis tahun nie???